salam..
ngeh3
ni ade poem yg besh buat orang-orang yang dah merenyam tuh.. (tatau la sapo..sape makan spegetti die yang kenyang kan..)
Isi Hati Sang Ikhwah
Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.
Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.
Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.
Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.
Zaujahku,
aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.
Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.
Dari Sang Akhwat
Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.
Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.
Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.
Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.
Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.
*poem ni agak jiwang karat klu nak banding ngan izzah yang slamber badak ni..
*tapi izzah rasa ada certain-certain point yang boleh kita aplikasikan kat sini.. cth: memelihara pandangan.. (masa jalan-jalan tu jangan la menonong je pandang orang kiri kanan..lagi-lagi klu orang tu dapat menarik perhatian..*erk*)
bukan lah bermaksud kita jalan sambil tunduk sampai tak nampak orang kat depan.. langgar tiang kang sape je yang susah+sakit+malu kan..
*lagi satu, apa sebenarnya tujuannya?? fikirkan..
*sebenar nye pikir banyak kali nak post ke tak nak post ke tak.. tapi tape izzah post kan jugak kat sini.. (but ade kemungkinan yang besar akan izzah deletekan kembali..ekeke)
0 orang aminkan doa saya..:
Post a Comment