Sunday, February 28, 2010

pernah tak??

salam..


petang ni izzah banyak habiskan masa dengan blogwalking..

terbaca komen-komen orang pasal budak-budak pakai tudung..

ada yang elok, ada yang kurang sedap didengarkan..

terfikir balik.. izzah pakai tudung labuh..

dan, ye, izzah sedar perangai izzah pun bukanlah elok sangat..

takut jugak kalau-kalau izzah ni membawa kepada fitnah buat semua muslimin dan agama islam tu sendiri..

mungkin ramai ingat budak-budak tudung labuh ni memang semuanya baik-baik belaka..

insyaAllah..

ye, kami memang sedang mengubah diri untuk menjadi seseorang yang lebih baik akhlaknya..

tapi, kami juga punya cerita, kisah silam kami sendiri..

jangankan dek kerana kesalahan saya seorang, habis terpalit kawan-kawan saya yang lain.. (kalau ada, mintak maaf sangat-sangat.. and i really mean this)

dont put your expectation too high.. coz most of the time, you'll be regretful..

teringat sebuah kata-kata..
aku menemui islam tanpa penganutnya di tanah eropah;
aku menemui muslim tanpa islam di tanah arab..

apa maksudnya di sini?? kebanyakan umat islam sekarang dah tidak lagi mengamalkan gaya hidup seorang muslim.. dan perkara ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran penganut agama lain tentang islam

naudzubillah min zalik..

*pengajaran kat sini, pedulikan apa orang fikirkan.. tak semestinya kaum yang lebih ramai itu benar..
*tapi jangan pulak terus menerus dengan perangai lama, usaha untuk berubah tu mesti ada..
*semua orang masih belajar.. jangan terus menerus menghukum tanpa usul periksa..
*sedih, rasa rendah diri.. terasa seperti saya yang membuatkan agama saya difitnah sebegitu rupa..
*muslim bangkitlah..!!!!

0 orang aminkan doa saya..: