salam..
rasa macam blog ni tak pernah nak keluarkan satu pun artikel cerdik hasil penulisnya sendiri kan??
haha.. tuan dia kurang pandai bermain madah kot..
hadeihh ayat..!!
ok bersambung, dah banyak kali sangat terfikir pasal benda ni sebenarnya.. tapi.. hmmm
dalam sedar atau tak..(atau mungkin saya sorang je yang terfikir macam ni)
kita sering punya tanggapan terhadap ibu bapa kita sendiri.. selalu rasa tak puas hati.. selalu merasa yang kita punya hak untuk mempertahankan hak kita..
tapi apa sebenarnya hak kita sebagai seorang anak??
kesalahan dalam bertanggapan yang sering kita lakukan adalah
1. merasakan yang ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas masa depan kita..
bukankah kita dah cukup dewasa untuk menentukan pilihan sendiri?? takkan borang passport @ KITAS pun nak dorang isikan lagi kan??
2. menganggap mereka perlu mengisi dan menyediakan segala keperluan kita..
ibu bapa pun ada jugak kehidupan mereka sendiri.. nak fikir duit rumah untuk bulan depan , barang dapur cukup ke tak, bil-bil yang tak sempat terbayar, harga minyak yang makin tinggi lagi.. mana nak sempat nak fikir segala keperluan setiap sorang anak.. mesti ada batas yang tak dapat terjangkau.. kita sebagai anak, be considerate.. kalau ada duit, cuba beli sendiri, kalau tak pun ingatkanlah mereka..
3. berfikir bahawa setiap daripada kita mempunyai hak ke atas mereka..
dulu masa kecik-kecik suka marah kalau ada orang lain nak tangkap gambar dengan parents tanpa keberadaan kita.. haha.. tu baru tangkap gambar.. belum manja-manja lain lagi..
4. mendakwa yang kita punya hak ke atas semua harta perkakas ibu bapa..
selalu tak mintak izin ibu bapa sebelum menggunakan @ memakai suatu barang kepunyaan mereka?? contoh yang kita selalu buat: guna alat tulis, selongkar gambar-gambar lama, pinjam tudung @ stokin @ accessories, calit perfume, etc, etc.. ada tak mintak izin dulu?? haha jawab sendiri..
5. mengharapkan pembiayaan mereka sepanjang mana kita berada seatap dengan mereka..
kalau balik kampung, pernah tak kita biaya perbelanjaan dapur walaupun untuk sehari?? bukanke masing-masing dah punya biasiswa?? rm800 sebulan lagi.. takkan la tak cukup.. ke berjoli kuat?? sampai kalau akhir bulan pun call rumah mintak support lain?? takkan tiap-tiap bulan pun nak makan checo @ big apple doughnut @ baskin robbins kot..
6. merasakan kehidupan mereka hanyalah berkisarkan pengorbanan buat kita semata-mata..
kenapa kita akan berasa marah bila mendapat tahu yang mereka merahsiakan sesuatu?? kenapa kita harus berasa terkilan bila mereka menolak permintaan kita?? merajuk bila mereka pergi bercuti tanpa kita?? dorang dah serve kita sebaik mungkin sejak kita kecil lagi.. tak berasa penatkah mereka?? menyediakan makan pakai kita, pendidikan kita, keperluan kita sejak kita lahir.. dan kita masih lagi komplen tentang hal ni?? they have reasons to take a break once in a while too..
tu baru je sikit.. belum semua lagi diceritakan..
so, persoalan di sini, layak ke kita untuk protes?? tak boleh ke kita berasa marah akan tindakan mereka?? jawab sendiri..
0 orang aminkan doa saya..:
Post a Comment