assalamualaikum w.w.
cinta kerana Allah?? kepala terus terfikirkan soal pacaran, nikah, etc..etc..
secara automatik, rasa bosan menjelma, "balik-balik benda ni lagi..tak berkaitan pun, tak payah amik pot sangat lah." teruskan pekerjaan tadi.
"kecintaan Allah dizahirkan dengan cintanya manusia kepada orang tadi." hmm interesting..
"cintakan Allah dimanifestasikan oleh konsistennya dia mengamalkan sunnah Nabi. Cinta kepada Rasulullah bererti cinta kepada Allah. Cintakan manusia merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Bila kita mencintai orang, kita layan mereka dengan baik, orang pun akan merasa senang dengan kita."
"tapi, banyak orang dah salah faham dengan cinta Rasulullah tadi. Contohnya, mereka beranggapan Rasulullah paling mengasihi Aisyah kerana Aisyah isteri yang paling muda."
"tapi kasihnya Rasulullah itu berlandaskan kasihnya Allah kepada hambanya tadi. Sebenarnya, Rasulullah sudah mengetahui yang Aisyah akan membawa kebaikan kepada umatnya dengan meriwayatkan sejumlah banyak hadis. Begitu juga dengan Khadijah, beliau merupakan tulang belakang kepada penyebaran Islam di saat Islam mula berkembang."
contohnya, kalau kita cintakan saudara kita, kita tak akan membiarkan dia buat perkara-perkara yang menjerumuskan dia kepada murka Allah.
-azam baru: mengubah cara pemikiran yang skeptikal supaya lebih terbuka
-risaukan seseorang.. sekarang, dia dikelilingi orang-orang yang kurang memahami Islam sebagai gaya hidup.. macam mana nak buatkan orang lebih tertarik dengan Islam? agar dia lebih berminat menghadiri majlis-majlis ilmu daripada memilih untuk mengasah kepakarannya dalam permainan DOTA?
-baru menyedari mimpi semalam yang menjadi tunjang saya memilih jalan ini. besar, tapi cukup kompetenkah saya untuk meneruskan cita-cita tadi? Islam mengajar kita untuk impikan perkara yang besar. jadi, tak salah kita berusaha merealisasikan mimpi tersebut, bukan? insyaAllah, kalau niat kita baik, Allah akan tunjukkan jalan.
-homaigod, ikim menyiarkan my fav song..!!! erti syukur dari UNIC..!!!! heeee reload semangat *up.up.up.up*
-kalau kita nak berubah, insyaAllah Allah akan permudahkan. jangan takut, doa minta pertolongan dan kekuatan daripada Allah. ganbatte ne...!!!
0 orang aminkan doa saya..:
Post a Comment