assalamualaikum..
sunat istikharah?? *"ala, ni untuk orang yang dah nak nikah je.." bisik hati*
betul ke?? bukan ke hari-hari kita berdepan dengan cabang-cabang pilihan..
"yang mana satu pilihan kalbu.. A atau B?? "
"nak makan apa hari ni? masak sendiri ke beli luar?? kalau beli pulak, MD ke? Indra ke? Dian ke? Nippon?"
"alamak nak gerak pukul berapa eh? nak tunggu orang lain ke x? sempat ke nak buat dhuha jap?"
"hari ni kelas full, mana selesa, shirt ke baju kurung? atau blouse?"
semua tu juga adalah pilihan.. sama ada sedar atau tidak..
teringat kata-kata prof Muhaya "kalau boleh, hari-hari kita buat istikharah, sebab dah tentu hari-hari kita dipenuhi dengan pelbagai pilihan masa nak buat keputusan, tak kira lah keputusan tu besar atau kecil. seeloknya kita mintak kat Allah, supaya ditunjuk mana satu pilihan yang terbaik buat kita, semoga segala apa yang berlaku dalam hidup kita, kita harungi tanpa penyesalan, sebab kita tahu, Allah yang tunjukkan jalan ni untuk kita. jadi, tak mungkin Allah akan sia-siakan kita."
*terkesan* TT__TT
percaya atau tidak, segala apa yang baik tu datang daripada Allah, segala yang buruk tu sebenarnya adalah dari kelemahan dan kekhilafan kita sendiri.
bila kita positif, insyaAllah aura positif tu dapat mempengaruhi persekitaran kita. seterusnya, hari-hari yang kita lalui pun berjalan lancar, berwarna-warni.
bukankah Allah berada pada sangkaan hambaNya??
kalau kita fikir kan sesuatu yang buruk akan berlaku, bukan kah itu juga merupakan salah satu contoh berburuk sangka kepada Allah??
secara tak langsung kita juga dah menghampakan harapan ibu bapa kita yang saban hari doakan kejayaan kita,*atas permintaan kita sendiri pun banyak jugak.. hehe* macam mana nak berjaya kalau awal20awal lagi kita dah menyerah kalah??
*bak kata mama, "Izzah boleh, Izzah boleh, Izzah boleh!!" yes, Izzah boleh, ma..!!
*my parents are my everything
*learn to love and spread the love to everyone surrounding *walaupun saya seorang yang emotionless.. eh, tak, kalau marah, terus jadi full of expression!!*
*dont take things for granted, we'll realized that we love them the most when they're gone.. *tak mau*
*di saat cinta kamu terhadap manusia atau harta melebihi cinta kamu kepada Allah, tunggulah balasan azab yang bila-bila masa akan menimpamu..
*love, such a simple word to describe such a wonderful meaning behind it
0 orang aminkan doa saya..:
Post a Comment