apa definisi syukur bagi anda?
hari ini saya tidak mahu membuka kamus dewan untuk mencari makna dari perkataan syukur tersebut.
cukup dengan mendefinisikan dari kata hati.. (eceh)
dengan bahasa kita mengucapkan syukur dengan berterima kasih kepadaNya;
dengan perbuatan kita tidak lokek berkorban demi diriNya;
dengan tingkahlaku kita berusaha untuk tidak menyakitiNya;
tapi bagi saya, definisi syukur itu adalah memandang positif dari setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari.
jadi, syukur kita selama ini berada di tahap mana??
memang sebagai seorang manusia biasa kita tidak dapat lari dari membuat kesilapan, alpa dalam setiap tindakan, tersungkur dalam mengerjakan sesuatu perbuatan..
tapi kelemahan itu bukanlah suatu alasan yang menjadi benteng untuk kita maju ke depan
"i won't be satified by just being good enough, instead i want to be extraordinary"
tak salah kita mengimpikan sesuatu yang terlihat mustahil, kerana cita-cita itu sedikit sebanyak adalah suatu doa dan arah tuju kita pada masa akan datang;
tapi kita patut malu jika kita tidak mempunyai impian atau hanya mengimpikan sesuatu yang kecil
think big act small
kerana kita cenderung untuk berusaha berdasarkan kemahuan kita..
kita sering menyalahkan takdir apabila berlakunya perkara yang tidak kita senangi;
tapi apabila ianya melibatkan kejayaaan, kita sering bersangka bahawa ianya adalah hasil dari titik peluh kita sendiri..
bukan semua perkara yang kita mahukan itu adalah yang terbaik buat diri kita;
dan tidak semua perkara yang buruk itu mendatangkan mudarat kapada kita..
cuba untuk bersikap optimis dalam setiap keadaan, jangan mudah merungut, jangan mudah berputus asa..
ingat yang kita tidak bersendirian
kerana Allah sentiasa berada di sisi kita..
pejamkan mata dan bukalah hati maka kamu akan menemuiNya
*lebih baik diam atau berkata perkataan yang baik..
*mood berfalsafah macam ni datang hanya sekali-sekala bila hati sedang bermonolog dengan akal
*sedang mencuba mengurangkan rungutan..(nak dengar dhilla kata,"dasar kamu anak manja,")
*betul kata orang yang anak pertama merupakan anak yang paling manja berbanding yang lain.. hehehe
~folio-mama and ayah yang bersengkang mata menyiapkan, walaupun masing-masing harus ke tempat kerja keesokan harinya.. saya merengek je sampai tertidur-tidur..
~seni-esok ada kelas, hari ni baru teringat.. berkejar-kejarlah mama and ayah mencari barang-barang yang diperlukan dan membuat demonstrasi untuk saya jika esoknya ada ujian.. ngeee
~seingat saya, adik tak pernah buat macam ni..(malu sebentar)-(bangga pun ada)
~kalau saya buat suatu kesalahan, mama and ayah sanggup mengambil cuti dan menebalkan muka tanya kepada semua orang kalau-kalau ada link yang boleh memudahkan urusan tersebut.. (sob3 lagi-lagi masa kejadian passport hari tu)
*kadang-kadang terasa macam diri ini sangat menyusahkan kedua ibu bapa.. (tapi itu memang nature saya.. tak suka menyusahkan orang lain melainkan ibu bapa sendiri.. hehe)
*jangan ambil hati jika saya sukar menerima budi baik orang.. saya tak mahu termakan budi..
*kalau rasa entry saya kali ini bersifat poyo, saya memang poyo orangnya..
sekian

0 orang aminkan doa saya..:
Post a Comment