dalam masa exam ni lah kita sibuk nak mengikuti perkembangan bloggers lain, melayan youtube, melaghakan diri dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya..
seharusnya kita lebih banyak memanfaatkan waktu yang tersisa ( tak cukup sebenarnya) untuk lebih banyak mengulangkaji kembali (bukan mempelajari)
semasa melagha tadi, saya terjumpa petikan yang sangat terkesan (sangat bersependapat) di hati dari halaman iluvislam..
Nota Kasih Sayang :Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan
sebanding
dengan akibat yang akan diterima?Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurnaRASULULLAH
apa yang saya mahu tekankan di sini ialah usah kita mengharapkan belas ihsan orang lain, mengharapkan yang mereka akan berubah..
seharusnya kita yang sepatutnya mengubah diri kita dahulu.. kerana mungkin (sebetulnya memang) ada orang lain yang mengharapkan perkara yang sama pada diri kita..
cermin-cerminkan diri sendiri dahulu sebelum melihat keburukan atau kesalahan orang lain..
(dush3)
*penghijrahan ke arah yang lebih baik itu suatu kemestian bagi mereka yang bergelar muslim (muslimat juga tidak terkecuali)
*mesti ada usaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.. istiqamah itu adalah lebih baik, jadi bersederhanalah dalam melakukan setiap perubahan untuk mengelakkan diri dari rasa terbeban..
*perasan atau tidak, saya cuba untuk menggunakan bahasa yang lebih formal untuk penulisan kali ini..(berubah yuk)
*sentiasa tetapkan suatu matlamat supaya kita tidak mudah terganggu dan terpesong..
*bahsyaa!! 1 minggu lagi kamu harus berjuang.. menang sebagai juara atau mati sebagai syuhada.. hanya punya 2 pilihan..
*doakan saya berjaya.. amiiiinnnn

0 orang aminkan doa saya..:
Post a Comment