Friday, March 26, 2010

wrong concept

salam..


dari dulu saya ada sifat inferior yang agak kronik..

namun, saya cuba untuk menyembunyikan sifat tersebut.. biar confidence level naik sedikit demi sedikit..

sifat agoraphobia ini selalunya datang seiring dengan sifat malu..

bagaimana cara saya mengatasinya? saya cuba untuk melarikan diri dari situasi atau tempat tersebut secepat yang mungkin.. dan mungkin dalam masa yang sama, saya selalu terbuat muka ketat kerana ketidakselesaan yang dialami pada waktu-waktu berkenaan..

dan saya tersedar yang ianya bukanlah suatu habit yang bagus..

senyuman juga secara tidak langsung mereflekskan sifat malu seseorang..

jadi, mana yang lebih bagus?? senyum atau masam??

siapa suka tengok orang yang asyik bermasam muka kan??

kalau patient datang, terlihat air muka doktor yang keruh tadi, menambahkan lagi rasa beban sakitnya.. tak rela dirawat.. jadi, sakit juga mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh..

tak ke menganiaya orang namanya??

haha..

*sedang cuba untuk tersenyum dengan lebih kerap.. cubaan terhad kepada mana-mana muslimah yang terserempak semasa dalam perjalanan sahaja..
*takut nak mula dengan langkah yang lebih besar kerana takut tak konsisten..
*minggu depan dah nak midsem exam.. wajib doakan izzah..!!



0 orang aminkan doa saya..: